hidayah mazelan
home About literature follow

coffee : resuming
June 4, 2017



Lebih dua bulan blog, atau lebih mudah tiga bulan, ditinggal. Alasan? Sebab kehidupan semakin hari semakin sibuk. Ini pun tengah hari nanti kena bertolak dari Pahang ke Dengkil, beg semua dah siap packing tinggal beg galas dan printer je kena ingat untuk masukkan dalam kereta nanti.

Pertama kali masuk asrama, mahu aku tak cuak? Berjauhan dengan ahli keluarga, aku bakal di sebelah barat, mereka di timur. Persoalan bagaimana nak balik raya nanti pun dah buat aku lemah semangat. Tapi apakan daya, ilmu dicari bukan ilmu mencari. Aku dapat tawaran UiTM Dengkil, course asasi engineering.
Lucu bila aku sebenarnya tak minat engineering tapi isi UPU engineering first choice.
Alasan? Aku boleh paksa diri aku minat Physics tapi tak boleh bawa subjek Biology. Padanlah, kantoi lari dari Biology sebenarnya. Keputusan SPM aku tidaklah segempak mana, hanya cukup untuk aku masuk ke asasi je sebenarnya. Walaupun aku tak sangka aku dapat masuk. Result aku serius tak gempak pun haha.

Esok kelas start, entah apa yang akan duga aku sepanjang sem ni. Tapi aku berharap segala urusan aku sepanjang aku belajar dipermudahkan. Dekat Dengkil, seorang je classmate sekolah menengah yang masuk juga, itupun asasi sains dan lelaki. Saudara juga ada seorang, tapi jarang jumpa jadi tak rapat. Tiada geng haha. Hadap je la sesiapa pun.
Kita start dari mula, kan?
Dalam draft laptop ada dua on-going fics, 5 peratus siap, lambat lagi la dapat post. Dengan aku yang bakal busy ni, lagi lama. Okay, alasan semata.

Until next update,
Adios.

May Allah ease.

Labels:

0 comment(s)