coffee : life
posted by Jay June 19, 2017 0 comments

Greetings,

Sekarang masih lagi di Dengkil, dua minggu tak balik ke Kuantan pun. Homesick pun ya kalau difikirkan balik. Tapi apakan daya, kerja menimbun tiap-tiap minggu jadi otak tak sempat nak fikir rumah lama mana sebelum kembali pada buku math di hadapan.

Ingat bila aku cakap aku tiada geng dekat sini? Housemates aku semua cool, aku suka yang lawak-lawak ni. Yang pendiam sikit tu aku segan nak buat gila-gila. Mana tidaknya, aku je yang menggila mahu orang pandang pelik?

Classmate di zaman sekolah menengah ada dekat sini. Okay la, dia dah lebih peramah sekarang. Dulu semua benda cakap fasal sekolah je, sekarang dah boleh selit masuk benda-benda casual sikit. Sikit je la since aku pun dah selesa cakap fasal benda profesional saja dengan dia ni. Cewah, profesional.

Bezanya, dulu dia suka jawab sepatah, sekarang more that a word la. Tak adalah aku kekok nak reply kan? Hahaha.

Course engineering so far, okay la. Cuma aku kena speed physics dan chemistry, belajar dari awal dalam bahasa inggeris. Seksa jiwa, oi. Tapi apakan daya, niat nak belajar kan? Belajar je la.

Ini pun aku tangguh dulu tutorial physics dan chemistry, tak larat sangat dah, semalam gasak math, lab report physics dan tutorials computer science. Hari ni relax sikit, since tutorial physics due khamis and chemistry due jumaat. Lambat lagi, hahaha.

Jumaat ni baru bertolak, insyaAllah dari Dengkil. Harap segala urusan dipermudahkan.

Fanfics tergendala, hujung minggu dihabiskan menghadap math dari pagi ke malam. Mungkin cuti sem baru beroperasi semula, aku bercadang nak buat poster juga. Lama sangat skills photoshop ditinggal, risau lupa berkarat dimakan usia.

Until next time,
Adios


May Allah ease.

Labels:

design by Wanaseoby