coffee : future
posted by Jay August 01, 2018 0 comments
Greetings everyone. Assalamualaikum.

Sudah lama tak update blog ni. Aku tak berapa pasti apa yang hendak aku post sebagai entri, maka beberapa kali juga aku buka dan tutup website ni tanpa sebarang post baharu. Aku dah habiskan kehidupan aku sebagai pelajar asasi, dengan kata lain sudah graduate. Final exam aku tamat pada 3 April yang lalu, tapi disebabkan aku terlalu sibuk meluangkan masa dengan diri sendiri, aku tidak sempat untuk betul-betul duduk dan perah otak untuk taip entri.

Beberapa post aku draft-kan, tak banyak yang tinggal untuk bacaan umum. Aku pasti ramai tak sedar akan hal ni, tapi aku nak beritahu juga. Hahaha.

2 September akan datang, dengan kata lain bulan hadapan, aku akan sambung pelajaran aku lagi di Universiti Malaysia Pahang(UMP) Cawangan Pekan dalam bidang Kejuruteraan Elektrik(Elektronik). Gementar tu, jujur ada. Membuak sebenarnya. Aku tak tahu cara nak pastikan aku survive dalam bidang yang aku sendiri tak berapa minat.

Tapi kita tengok nanti macam mana. Sebab aku nak ilmu, aku tak peduli dah hal lain.

Jadi, sekarang aku nak kongsi beberapa gambar yang aku simpan semasa aku di UiTM Kampus Dengkil.





Kebanyakan folders aku tak kemas lagi, jadi agak bersepah dan susah nak cari. Kalau nak tahu lebih, boleh check Instagram.


Until next time,
Adios.

Labels:

design by Wanaseoby