hidayah mazelan
home About literature follow

University Life
July 29, 2017

Pernah rasa macam helpless? Macam hidup kau dalam pusingan tanpa penghujung?
Jatuh, bangkit, cuba lagi. Ulang.

Sampai satu tahap kau rasa nak hentikan semua. Berhenti. Hentikan masa, hentikan kerja, kau hanya mahu rehat. Seminit dua pun tak mengapa.

Aku tak pasti apa yang aku rasa, tapi aku tahu aku penat. Sebulan tanpa henti, hidup bagai manusia tiada emosi. Bangun, pergi kelas, lunch, sambung kelas, dinner, study. Repeat. Kadang hati ingin teriak, nak menangis pun ada. Tapi ego aku ni kalah gunung, menangis tak mahu. Call emak sendiri pun tak sanggup. Takut weh, takut. Takut ayat yang aku ingin luah dari awal bulan terluah bila bercakap dengan beliau.

"Aku nak stop."

The moment kau rasa nak give up is the moment you actually gave up, pada aku. Sebab dari saat tu kau dah mula berhenti cuba, berhenti lawan. Otak aku kata jangan, tapi hati aku menjerit. Ada yang mengata, katanya aku tak seteruk dia. Hidup aku tak sesesak dia, jadual aku tak sepadat dia. No, kau tak faham apa aku lalui kat sini. Kau tak faham, tak cuba faham, dan takkan faham.

Siapa kau untuk judge hidup aku? Apa guna kalau ada gap antara kelas kalau assignment group aku buat seorang diri, yang lain sama ada tak ambil tahu langsung atau sekadar judge jawapan aku walaupun dia sebenarnya tak buat langsung? Apa guna gap banyak kalau aku seorang yang buat kerja yang sepatutnya tiga orang kerjasama buat? Apa guna kalau kerja group takkan bergerak unless aku yang siapkan?

No, kau tak faham weh. Kau tak pernah faham. Berhenti berlagak kau faham. Just, stop. Budak kat sini memang pandai, tengok result SPM fuh kalah aku. Tapi perangai, the girls' attitudes are mostly sampah. Tiada tanggungjawab, tiada commitment. Aku tak tahu course lain, kelas lain, tapi itu yang jadi pada course engineering kelas aku. Budak perempuan tiada commitment kalah budak lelaki. Cakap, plan memang serahkan pada dia la, tapi nak buat... Tunggu pisang masak dulu la baru jalan. Tunggu aku meletup dulu baru nak sedar agaknya.

Bagi aku, the moment you stepped into this university, kau kena tahu kau ada dekat sini for one thing. Nak graduate, tapi dengan usaha kau. Bukan harapkan orang lain buat semua kerja dan kau telan pointer.

Minggu ni result assignment Chemistry keluar, assignment di mana pada awalnya kami plan nak bincang dan buat sama-sama tapi menjelang Sabtu sebelum deadline(hari Isnin) masing-masing inform busy. Akhirnya, plan untuk buat sendiri-sendiri, nanti comparekan jawapan. Menjelang malam sebelum deadline, aku turun. Discussion la kononnya, janji pukul 9 malam, 9.20 malam baru nampak batang hidung seorang. Yang lagi seorang katanya masih di Seremban. Gila, aku dah merengus dalam hati malam tu. Tapi aku biarkan, dia janji nak send jawapan through whatsapp.

Tunggu punya tunggu, sampai ke hari ini jawapan hanya untuk 2 soalan yang aku dapat. Yes, sampai hari ni, result dah keluar pun. Malam tu, bukan aku sahaja yang nak mengamuk, housemate aku yang memerhati diam dari meja sebelah dah membuat muka benci. Group yang consists of 3 people, seorang di Seremban jawapan hanya dua soalan dihantar, seorang lagi buat 2 soalan yang sama yang lain dia conteng pada kertas soalan saja.

Mana janji nak buat dulu dan compare?!

Aku yang buat semua. Hanya aku. Student universiti ke kalau perangai sebegini rupa? Betul, mereka buat dua soalan depan, tapi seorang jawapan mengarut, seorang lagi kira tak cukup titik perpuluhan. Akhirnya jawapan aku yang disalin seratus peratus. Malam tu housemate aku mengamuk dalam dorm, katanya aku bagi muka sangat.

Tahu apa yang sakit hati? Bila result group aku paling tinggi dalam kelas, seorang pun tak berterima kasih. Tahu tak kau boleh dapat maximum 10 markah je kalau based on berapa soalan kau buat malam tu? Seorang minta maaf bila aku perli, sampai harini aku tunggu jawapan 'muka surat belakang', tapi dalam keadaan main-main. Seorang lagi? Ego menggunung kalah aku, terima kasih pun tidak, minta maaf pun tidak.

So, senang ke hidup aku kat sini? No.

Labels:

0 comment(s)