mindtalk : joke
posted by Jay August 23, 2019 0 comments

Greetings.

It's been quite a while.

Jadi, a few days ago aku jumpa satu social media's post. I will not classify which social media, tapi content dari post tu bagi aku agak pilih kasih.

So antara points dia beri ialah kebisingan pelajar yang sudah dapat keputusan exam bagus macam mereka orang yang paling bodoh dalam dunia ni--ayat beliau. Tapi ini dalam bentuk jenaka. Well, nampak macam a joke.

Agak sentap juga la aku, sebab aku pernah menangis sebab tak capai target sendiri sedangkan apa yang aku dah dapat tu dah pun mencukupi untuk aku sambung. Tapi aku ambil masa aku sendiri, tarik nafas dalam-dalam dan cuba tengok post tu dari sudut pandangan atas. Biar nampak semua side. Haha.

Kita lihat dari sudut pandangan general.

Bila dapat markah rendah selepas dah letak sepenuh tenaga untuk skor, mula rasa diri ni layak lebih kan? "Aku boleh buat lagi bagus daripada ini" tu muncul dalam kepala macam inai, lama baru hilang. Kemudian tengok pula yang sedang gembira dapat markah tinggi, mulalah terfikir dalam kepala "tahulah markah tinggi, tapi tak perlu la tunjuk gembira tu sangat" sebab kita tengah sedih, mereka kontra. Kemudian, ternampak pula yang turut bersedih walaupun markah dia tinggi, terdetik seketika "markah dah tinggi tapi bersedih lagi, tak bersyukur ke?"

Dan ketika ini, kalau kita jadi pemerhati--a bystander yang memerhati dari luar lingkungan kumpulan ini--kita akan nampak, individu akan tetap dipersalahkan tak kira apa dia buat. Dan terus terang, semua ni semua orang pernah buat. Bila kita duduk di bawah, kita mencari salah dalam setiap perlakuan yang di atas. Jika kita di atas, kita mencari salah sendiri dan akhirnya jatuh kembali.

Cuba berhenti cari salah, dan mula cari penyelesaian.

Markah kau rendah? Go, try again. Cuba baiki cara kau belajar, betulkan niat. Markah sederhana? Tak apa, boleh perbaiki lagi lepas ni. Markah tinggi? Okay, cuba kekalkan.

Seorang guru aku pernah cakap "betulkan niat awak belajar sebab nak tambah ilmu, bukan nak kalahkan markah orang lain", sebab tak ada kesudahannya. Dan bagi aku, apa kata just live your own life. Comparing your results to other people is not a healthy thing to do, since kita semua dari latar belakang berbeza. Why be so harsh to yourself, kan?

Until next time.
Adios.


Labels:

design by Wanaseoby